Tuesday, December 28, 2010

Sekadar Peringatan

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…



SUMBER: ILUVISLAM.COM

10 Ciri-ciri Wanita Syurga

Isteri2 kaum mukminin yg beriman kpd Allah dan RasulNya akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan apa yang diperoleh  oleh penduduk syurga lainnya, sesuai dengan amalannya selama didunia..

1. Bertakwa
2. Beriman dengan Allah, MalaikatNya, RasulNya, hari kiamat dan beriman kpd takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, bersaksi bahawa Muhammad itu RasulNya. Mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan naik haji bagi mererka yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia akan mengetahui Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas, beribadah semata2 kerana Allah, tawakal kpd Allah, mencintai Allah dan RasulNya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat dan bersabar atas segala takdir2Nya.
6. Gemar membaca Al-quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
9. Berbakti kepada kedua ibu bapa.
10. Bersedekah, baik ketika lapang mahupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

Monday, December 27, 2010

Wanita Penghuni Syurga

Dari Atha bin Abi Rabah, ia berkata, Ibnu Abbas berkata padaku , "Mahukah aku tunjukkan seorang wanita penghuni syurga?" Aku menjawab ,"Ya"..Dia berkata ,"wanita hitam itulah yang datang kepada Nabi SAW lalu berkata 'Aku menderita penyakit epilepsi dan auratku tersingkap saat penyakitku menyerang. Doakanlah untukku agar Allah menyembuhkannya.'

Nabi SAW berkata, 'jika engkau mahu, engkau bersabar dan bagimu syurga, dan jika engkau mahu aku akan mendoakanmu agar Allah meenyembuhkanmu.'

Wanita itu menjawab.' Aku pilih bersabar.' Lalu dia berkata lagi, 'Tatkala penyakit ini menimpaku, auratku terbuka, doakanlah agar auratku tidak tersingkap.'..Maka Nabi pun mendoakannya..(Riwayat Bukhari dan Muslim)
.........................................

Betapa rindunya hati ini kepada syurgaNya yang begitu indah. Yang luasnya lebih luas daripada langit dan bumi. Betapa besarnya harapan ini utk mnjadi salah seorang penghuni syurgaNya dan Subhanallah! ada seorang wanita yang berjaya meraih kedudukan mulia tersebut..cemburunyaku rasakan...Ya Allah...Bahkan dipersaksikan sebagai salah seorang penghuni syurga dikala nafasnya masih boleh dihembuskan, jantungnya masih boleh berdegup dan kakinya masih menapak dibumi ciptaan Yang Esa.

Wahai para muslimah, tidakkah engkau berasa iri hati dengan kedudukan mulia yang diraih oleh wanita itu???
Dan tidakkah engkau ingin tahu, apakah amal ibadahnya yang membantu dia menjadi seorang wanita penghuni syurga???Adakah kerana dia seorang wanita yang cantik dan berupa paras elok??? atau dia seorang yang berkulit putih dan cerah berseri??Tidak!!!! Bahkan Ibnu Abbas menyebutnya sebagai wanita yang berkulit hitam.

Mungkin sesetengah masyarakat menganggapnya  seorang wanita biasa . Namun hakikatnya dia merupakan seorang wanita yang memiliki kedudukan mulia menurut pandangan Allah dan RasulNya. Inilah bukti bahawa kecantikan fizikal bukanlah ukuran kemuliaan seorang wanita kecuali kecantikan fizikal itu diperlihatkan kpd suaminya dan orang2 yang halal baginya...

Saturday, December 25, 2010

Santapan Akal

Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT...

"Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Rab?" Tanya para malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi sememangnya benar setelah diciptakan gunung ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.

Paku merupakan benda keras yg terbuat dr besi. Setalah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi Ya Rab?" Tanya malaikat lagi.

"Ada! Ykni air yang dapat memadamkan api." Jwab Allah lagi.

"Jadi Ya Rab, adakah yg lebih kuat lagi selain air?" Sambung malaikat.

"Ada! iaitu angin yang kerananya dapat membawa air kemana pun ia menghembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rab adakah lebih kuat lagi dari semua itu (gunung, api, air ,angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! iaitu nafas hambaKu yang berdoa kepadaku. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKU." Demikian Allah SWT menjelaskan..[HADIS KUDSI]
                                                                                                                  

Rehlah Minda

Dusta Dalam Bercinta

Imam Ghazali rhm berkata;
Barang siapa mengaku empat perkara tanpa disertai empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barang siapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barang siapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cintakan ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barang siapa mengaku takutkan neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cintakan ALLAH tetapi keluh kesah dengan ujian-Nya, maka dia adalah pendusta.


Nasihat Untuk Pemuda


Manshur Bin Ammar berkata kepada seorang pemuda; "Janganlah kepemudaanmu membujukmu. Ramai sekali pemuda yang mengundurkan taubat, memanjangkan angan-angan dan tidak ingat kematian."Dia berkata ; aku akan bertaubat esok pagi." Lalu datanglah malaikat maut kepadanya sedangkan dia belum bertaubat....

Tuesday, December 21, 2010

MENUJU WAWASAN


Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

Umat islam harus cemerlang

 hari Ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat islam sentiasa boleh

Umat islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
Wawasan dunia dan akhirat

Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama' warisan ambiya'
Pegangan mereka harus diikuti
Ajaran sesat wajib hindari

Umat islam harus cemerlang hari ini
Umat islam sentiasa boleh

Akhirnya islam cemerlang seluruh dunia